29 September 2009

Lapuran aktiviti SWYM PARAFLYER
Hari Sabtu
Tarikh 1-7-2006
Lokasi Pulau Indah
Cuaca/Suhu Cerah sekali /36.o C
Angin Kuat (pagi) / Sepoi2 (petang)


Salam 'keyboard' dari dari saya. Dah lama tak menulis untuk lapuran aktiviti kelab, maka janggal pulak nak menulis lagi. Walaubagaimana pun setelah sebulan berhibinasi dirumah kerna ketiadaan 'wing'. Revolution yang dipesan dari kawan di negara seberang akhir nya muncul. Warna kuning berbelang merah dan biru itu menampakan kegarangan payung keluaran Paramania.
Sampai saja di persimpangan masuk ke Pulau Indah kita orang ( Kamal, MrM, Saufis, Yahya, Abg MdNor dan Hassan) singgah dikedai kopi untuk sarapan. Dah pekena nasi lemak dan teh tarik, 20 minit kemudian orang bergerak ke destinati. Sesampai di kawasan terbang dah ternampak 3 orang kawan sedang buat 'kitting' dan seorang dari mereka 'float' diudara ditunda dengan tali oleh jurulatih James aka Jimbo. Oh rupanya si Jimbo ni tengah train pelajar dari Sabah. Seorang lagi tu Mat Salleh - Laurent dari France, Kerja kat Oil & Gas kompeni. Kerana angin yang begitu kuat dan cuaca panas, Jimbo, Laurent dan Ben pun balik dan menamatkan latihan mereka. Mat Salleh 2 orang nie pun ok jugak ramahnya. Terkejut biawak mereka bila melihat paramotor buatan tangan MrM. Bukan hanya motornya, malah bila melihat propeller buatan sendiri langsung Jimbo dan Laurent duduk jauh jauh. Segan kot mereka nie..
Angin dari arah laut begitu kuat dan sukar untuk buat kitting didarat. Hampar saja 'wing' ditanah sekejap dah terbang ke sana sini. Tapi rasa seronok untuk terbang tu memang tak terkata.

Kamal menunjukan kepakaran nya 'kitting' Speedo, Revolution dan Sun Glider. Melihat dia 'kitting' Speedo saja sudah membuatkan kami semua teruja. Memang wing Speedo keluaran adventure ini sangat mudah untuk di layangkan. maklumlah wing nie kelas 'Beginner'. Memang amat stabil diudara dan sangat relax mengedalikannya. Kamal juga turut mencuba mengembangkan Revolution dan Sun Glider. Juga beliau memberi tunjuk ajar dan 'tips' untuk membuat 'backward takeoff'.

MrM, Abg MdNor, Yahya dan Hassan sibuk mencuba untuk 'kitting' SunGlider di saat angin kuat namun semuanya lintang pukang bergelut dengan 'riser' dan tak terdaya nak mengawal wing dengan baik. Yang nyata, angin yang terlalu kuat memang menyukarkan pengedalian payung. Setelah semuanya lelah, kami berehat di bawah pokok untuk menunggu angin reda. Hassan kemudian keluar dan balik membawa makan tengahari. Setelah perut yang kosong diisi , lantas kita orang pergi ke Surau di jeti dan menunaikan solat zohor.

Jam mencecah pukul 3ptg dan keadaan angin mulai tenang, MrM dan Abg MdNor mencuba untuk mengendali 'wing'. Dah berberapa hari turun berlatih di CJ, TP dan kini di PI, Abg MdNor dah boleh mengendali wing dengan agak baik. Cuma tangannya masih belum lembut lagi untuk mengawal 'riser'. Cubaan untuk menunda beliau dengan tali tak masih belum berjaya. Mungkin masih belum sedia. Kamal 'volunteer' untuk ditunda tangan dan setelah beberapa kali mencuba, akhir nya berjaya juga float dengan 'wing' Sun GLider.



Bila keadaan dah mengizinkan untuk TO. MrM cuba TO 2 kali dengan Harimau Kumbangnya. Tapi masalah belt longgar menyebabkan beliau tak dapat tolakan maksima dan tak dapat nak naik ke udara. Cubaan seterusnya dibuat dengan motor Hassan tapi dikecewakan bilamana karburator Walbro tercabut dan mengenai propeller. Serpihan propeller terbang 10 kaki diudara dan tecampak 6 kaki dari tempat kami meletak kereta. Mujur tidak terkena sesiapa...

MrM kemudian TO dengan DK-GT dan Revolution. 2 kali mencuba akhirnya beliau naik ke udara dengan dramatik. Ini kerna beliau tidak mengenakan 'harness' dengan sempurna. Bila ketika beliau TO, tork enjin yang kuat telah hampir menyebabkan riser 'twist'. Jerit pekik kita orang supaya MrM membatalkan TO langsung tak didengar. Nasib baik tiada insiden negatif berlaku. Setelah 2 buat 2 circuit, beliau pun mendarat selamat. Gembira beliau tidak terkata. Kemudian Kamal pula TO dengan Speeedo dan A3 . Tak sampai 5 langkah beliau dah pun naik ke udara. Hampir setengah jam diudara, beliau pun mendarat lembut ketanah. Memang cantek...

Saufis kemudian cuba untuk TO sama. Dah dekat 2 bulan tak terbang nie.. memang rasa lain macam. Maklumlah nak angkat mesin 30kg dan mengguna 'wing' baru. Semua serba tak kena. Cubaan pertama.. setelah payung naik tegak atas kepala dan berlari dalam 20 meter, kaki masih lagi kat tanah. Last last berhenti sebab penat sangat berlari. MrM dan Kamal ketawa terdekah dekah. Dah biasa terbang dengan Enlighter, Revolution dengan cara kendalian yang serba berbeza nie memerlukan strategi berbeza untuk TO. Cubaan kedua dibuat , malangnya payung rebab dan pinggang terkehel. Langsung duduk berehat takut menjadi mudarat. Kerana hari dah pun gelap kami semua berkemas dan bersedia untuk balik.

Pukul 8pm kami semua beredar balik dari kedai makan di simpang tiga dan tak sabar untuk menunggu Sabtu yang akan datang. Pukul 830 baru sampai rumah.. Betara luar tersenyum menyindir.." Puas terbang hari ni.."

Sekian...