04 Jun 2009

Saujana Paramotor Team Terbang XC

Cuaca: Redup
Angin: 8kmh
Suhu : 32c
Lokasi: Saujana Putra

Geng Paramotor Saujana sampai di base jam 8pg. Saufis & Ezek tiba seawal 730pg dikuti Kamarul dan Mujib. Selepas memasang motor masing2 dan mengisi petrol secukupnya untuk terbang XC ke Cyberjaya. Saufis memberi taklimat ringkas dan menunjukan 'flight path' menggunakan salinan peta google. Saufis dan Mujib kemudian menetapkan destinati di GPS.

Angin cantek sekali dan Ezex merupakan pilot pertama naik keatas. Kombinasi Nirvana Rodeo dan Ozone Rushpower memang mantap dan kelihatan mudah dia takeoff, tanpa larian yang panjang. Ezex kemudian orbit di padang menantikan kami.

Mujib yg sedari tadi sudah bersedia terus memulakan larian. Payung Ozone Mojonya bingkas bangun rebah kekiri sebelum dia membetulkannya untuk tegak diatas kepala. Larian dia dipercepatkan dan seketika dia pun naik keatas.

Alias, Saufis dan Kamarul juga turut sama naik kemudiannya. Saufis bersama Revolutionnya lantas maju kedepan sebagai kepala pilot diikuti yang lain untuk memulakan terbangan XC ke Cyberjaya. Alias dengan Roadster, Kamarul dan Rush Power tidak berupaya untuk mengekor rapat Saufis dan Revolutionnya. Ruang udara Saujana Putra diselimuti jerebu tampak kabur dari ketinggian 400kaki. Selepas melintasi lebuhraya Elite kami bergerak kearah perumahan Putra Perdana dan seterusnya melewati Taman Aman Putra. Memang cantek pemandangan dari udara dengan rumah rumah tersusun kemas perlbagai bentuk dan warna.

Taklama kemudian kami sampai di lebuhraya lingkaran putra dan terus menuju ke kawasan Taman Sain Selangor yang kini dalam pembinaan. Penghuni2 rumah kongsi begitu teruja dengan kumpulan kami dan ramai keluar rumah untuk melambai tangan. Kami turut sama melambai mereka. Disebelah kiri kelihatan ruang udara Cyberaya dan kami mula bergerak ke situ. Saufis yang sedari tadi dihadapan kelihatan masih orbit di ruang udara Taman Sain Selangor sementara rakan yang lain sudah pun berlegar di Cyberjaya.

.....bersambung